PEJUANG BIPOLAR
PEJUANG BIPOLAR
INILAH TAKDIRKU.....
DITULIS OLEH PESAKIT MENTAL TULUS DARI HATI KE HATI.
SECEBIS PENGALAMAN HIDUP BUAT PEDOMAN BAGI YANG MAHU MENGAMBIL IKTIBAR.
…………………………………………………………………………………………………….....................................................................
Saya Nik Noor Azlie bin Raja Seman, pesakit mental sejak di bangku sekolah namun lewat didiagnosis dan akhirnya terperangkap dalam jurang kehidupan yang mengerikan akibat penyakit ini.
Zaman moden ini kita terdedah dengan persekitaran kompleks yang boleh membawa kepada kemurungan dan akhirnya paling dirisaukan, mencederakan diri sendiri atau bunuh diri. Nauzubillah.
Apatah lagi penyakit mental tidak mempunyai punca yang tepat menyebabkan tindakan awal tidak dapat dilakukan bagi menghindarinya.
Dari mana pun anda datang, anda sudah ditakdirkan untuk menyelami pengalaman seorang pesakit mental Bipolar Jenis 2.
Ia bukan pengalaman biasa.
Tetapi tidaklah luar biasa.
Anda berpeluang merasai sendiri pengalaman berpuluh tahun hanya dalam satu ebook.
APA KATA MEREKA YANG SUDAH MEMBACA EBOOK INI?
SIAPA YANG WAJIB DAPATKAN EBOOK INI?
2. PESAKIT MENTAL
3. ANDA YANG SEDANG BACA SEKARANG
Ibu bapa sekalian, saya risaukan anak anak anda.
Di mana mereka sekarang?
Sekolah di mana?
Tinggal dengan anda atau di asrama?
Apa aktiviti harian mereka?
Berapa banyak anda habiskan masa dengan mereka?
Atau anak anak banyak habiskan masa dengan telefon bimbit?
Usia berapakah anak anda mula bercakap? Ada ibu bapa tak perasan hal ini hinggalah anak mereka disahkan Autisme..Allahu rabbi.
Cukupkah ilmu disalurkan kepada anak remaja supaya mereka dapat lalui fasa remaja dengan jayanya.
Fasa remaja adalah sangat kritikal kerana kebanyakan penyakit mental bermula pada usia ini. Termasuk saya. Sebab itu saya sangat bimbangkan anak anak di usia sebegini walaupun saya sendiri belum ada anak walau sudah menginjak 4 series.
Jangan serahkan sepenuhnya kepada guru atau sekolah dalam mendidik anak anak . Ibu bapa mesti tahu peranan masing masing.
Perhati tingkahlaku mereka.
Emosi mereka bagaimana?
Memberontak?
Murung?
Tak kisah anak lelaki atau perempuan. Sama sahaja. Mesti dititikberatkan.
Siapa kawan mereka?
Apa mereka tatap di telefon bimbit?
Bukan mengongkong, tetapi memerhati.
.
Kalau anda nak tahu tentang penyakit mental boleh saja google, berlambak keluar maklumat mengenainya.
Tetapi saya menulis sebagai pesakit mental Bipolar. Pengalaman hidup sebenar sebagai pesakit mental.
Dari usia kanak kanak sampai sekarang menghampiri usia 40 tahun.
Bila bermula sakit, di mana dan bagaimana situasinya.
Apa kesan akibat penyakit mental terhadap pesakit, keluarga dan masyarakat.
.
Kalau anda pesakit mental, bertabahlah. Nasib kita sama.
Mudah mudahan ebook ini membantu sedikit sebanyak merawat diri sendiri selain mengambil ubat.
.
Kalau anda bukan pesakit mental, mudah mudahan ebook ini memberi dimensi baru dalam memahami pesakit mental. Yakinlah, betapa ramai di sekeliling kita menghadapi masalah kesihatan mental samada disedari atau tidak.
.
Dalam ebook ini saya simpulkan dalam 50 cerita bersahaja, santai santai saja sayangku :)
50 cerita merangkumi kesihatan, motivasi dan agama.
50 cerita dipecahkan kepada beberapa garis masa (timeline)
50 cerita adalah seperti di bawah.
TIMELINE : 1993-1998
KANAK KANAK
1. Tadika
2. Darjah Dua
3. Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Bahar
4. Ketua Pengawas
5. Cinta Kura Kura
6. Ujian Penilaian Sekolah Rendah
7. 5A
8. Sekolah Berasrama Penuh
9. Peperiksaan Maahad Tahfiz Al-Quran
10. Memilih Pilihan
TIMELINE : 1999-2004
MTAQ
11. Down And Drop
12. Cara Buat Kuih
13. Cepat Lapar
14. Tilawah TNB
15. Simptoms Bipolar
16. Fasa Mania
17. Fasa Depress
18. Sehari Di MTAQ
19. Unknown Symptoms
20. Ustaz Nubli
21. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti
22. Saka
23. Sijil Pelajaran Malaysia
24. Ayah Zik
TIMELINE : 2005-2009
IPT
25. Kolej Shahputra
26. Universiti Teknologi Mara
27. Kolej Jaiputra
28. Tingkatan Enam
TIMELINE : 2010-2012
BEKERJA
29. Carrefour
30. UTM Kampus KL
31. IPB
32. Kencing Manis
33. Lembaga Hasil Dalam Negeri
TIMELINE : 2013-2017
KEJATUHAN
34. Jual Madu
35. Balik Kampung
36. Ustaz Fathuri
37. Kerja Di Singapura
38. Tibi
39. Sakit Gigi
40. Diagnosis Bipolar
41. Bankupsi
42. Raya Di Istana
TIMELINE : 2018-2020
BANGKIT
43. Rumawip
44. Ira Pergi Awal
45. Nikah Dan Cerai
46. Warded PSY
47. Perubatan Islam
48. Imam Rawatib
TIMELINE : 2021-2024
SINAR
49. Kahwin lagi
50. HUSM-HKL-SELAYANG-HTJ-HUSM-HUKM
Bipolar menyerang semasa saya belajar di sekolah tahfiz. Jadi sebahagian cerita dalam ebook ini adalah di sekolah tahfiz.
Saya kongsikan beberapa helaian Al Quran tulisan tangan semasa di sekolah tahfiz dalam ebook ini.
Contoh seperti di bawah.
HARGA EBOOK
Saya berhasrat untuk menghabiskan hafalan Al Quran saya. Namun saya ada banyak komitmen yang perlu dilunasi. Ia mimpi ngeri yang saya perlu lalui bersama penyakit ini seumur hidup.
Segan rasanya nak letak harga. RM40 okey ke?
BONUS EBOOK
Oh ya, alang alang dapat ebook ini, saya nak bagi juga koleksi ebook saya yang lain.
Ada lagi 6 ebook lain saya nak bagi pada anda. Nak ke nak?
Ebook Formula Rezeki Bisnes saya hasilkan setelah berguru dengan penulis buku bestseller, Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) ustaz Fathuri Salehudin.
Ada 5 cerita ajaib dan eksklusif saya dedahkan sepanjang berguru dengan beliau.
Ia tentang tahu dan buat. Baru dapat.
'Saya dah amal itu dan ini, tapi masih tak kaya.'
Kalaulah semudah itu formula kaya, maka yang sepatutnya kaya raya adalah penulis buku MMR kerana beliau lebih faham hakikat rezeki.
Kembali semula kepada Tuan Punya Rezeki. Fahami semula hakikat rezeki.
Kaitan rezeki dengan usaha.
Betul ke kalau usaha baru dapat rezeki? Salah ke dapat rezeki tanpa usaha?
Semuanya akan terjawab dalam ebook FORMULA REZEKI BISNES.
.
Untuk memperoleh rezeki, kita disuruh berusaha walaupun
hakikatnya rezeki tiada kaitan dengan usaha.
Jadinya, berusahalah supaya rezeki datang kepada kita. Dalam ebook 60 TIPS BISNES BERJAYA, saya curahkan tips, kaedah dan strategi bisnes yang proven sukses.
Gabungkan amal dan usaha dalam menjemput rezeki. Semoga sinergi amal dan usaha mendatangkan rezeki menderu deras..amin....
Okay, bila kita dah stabil kewangan, ada duit lebihan, maka langkah seterusnya adalah melabur untuk menambahkan lagi aset kekayaan sedia ada.
Maka, ebook TIGA PELABURAN SERANGKAI : SAHAM ,HARTANAH, EMAS ini sesuai untuk bacaan anda.
Bukan satu, tapi 3 jenis pelaburan yang evergreen boleh kita pilih untuk bina kekayaan berlipat kali ganda.
Hasil dari ilmu dan pengalaman bertahun tahun dalam industri pelaburan, saya simpulkan dan permudahkan untuk kemudahan para pembaca yang ingin menggandakan duit dalam pelaburan patuh syariah.
Orang kaya bertambah kaya kerana mereka gandakan duit mereka. Mereka tidak leburkan duit hasil titik peluh ke dalam skim cepat kayap. Saya pun tidak terkecuali pernah terjebak dalam skim bodoh ini. Yuran kebodohan ini sangat mahal. Saya tidak mahu anda terjebak juga.
Mereka tahu, faham dan bijak mengurus risiko dalam pelaburan. Warren Buffets menekankan pengurusan risiko dalam pelaburan.
Tak perlu takut rugi kerana setiap pelaburan pasti ada untung dan rugi .
Ebook ke 4 yang tak kurang pentingnya adalah 7 STRATEGI CONTENT
MARKETING.
Kita berada di zaman industri 4.0, zaman gigs, zaman Artificial Intelligent (AI).
Orang sudah muak dengan hardsell. Hari hari kita terpaksa mengadap ribuan iklan.
Nak termuntah rasanya bila dikelilingi iklan yang direct menjual.Perasan tak apa iklan yang menarik perhatian kita? Iaitu iklan dalam bentuk konten, sharing, info, pengisian dan sebagainya.
Dalam ebook ini akan diterangkan bagaimana merekayasa konten yang bagus supaya ia mendapat perhatian.
Contohnya, iklan telekung Siti Khadijah..Pergh! Makan
dalam,menusuk di kalbu, terus rasa nak beli telekung kat mak.
Hanya satu ayat boleh membuatkan orang ingin membeli. Inilah kuasa CONTENT MARKETING.Kita sebut juga sebagai Softsell.
Bahkan softsell lebih banyak buat sales dari hardsell.
Ebook ke 5, 60 PEKERJAAN DARI RUMAH.
60! Banyak tu peluang kerja hanya dari rumah. Jana income geli-geli hanya dari rumah berdasarkan minat dan kemahiran kita je.
Nak tahu? Kena la baca ebook ini. Inilah masa untuk menambah pendapatan hanya dari rumah.
Sambil sambil baca ebook ni, saya nak bagi lagi satu ebook untuk
rehatkan minda....
Ebook 60 KOLEKSI LAWAK
KAH KAH. Bacalah dengan senang hati sampai putus urat kentut...hehe
Senyum selalu terapi jiwa. Senyum adalah sedekah.
Nak bayar lebih pun boleh sebagai sedekah :)
SELAMAT MEMBACA